VISIONEX™
Apabila semakin tua, maka penglihatan kita tidak setajam dahulu lagi. Pendedahan yang berpanjangan kepada sinaran ultra lembayung (UV) dan cahaya biru berbahaya sepanjang proses penuaan, mungkin menyebabkan kerosakan angkara radikal bebas yang berlebihan terhadap mata. Ini seterusnya membawa kepada kemerosotan makular berkaitan umur (AMD) dan penyakit katarak.
Lutein dan Zeaxanthin merupakan nutrien semulajadi berpigmen kuning dan termasuk dalam keluarga karotenoid. Karotenoid ialah pigmen berwarna merah, kuning, dan oren yang terdapat dalam buah-buahan berwarna kuning, sayuran hijau tua atau yang berdaun, serta jagung.
Daripada lebih 600 pigmen tumbuhan yang dikenali sebagai karotenoid yang wujud secara semulajadi, hanya dua jenis - Zeaxanthin dan Lutein - secara terpilih berkumpul dalam retina, makular dan kanta mata. Zeaxanthin merupakan komponen dominan yang berada di tengah makular, manakala Lutein pula mendominasi pinggir-pinggir sebelah luar.
Mata bertindak secara terpilih dan memilih untuk meletakkan Zeaxanthin tepat di tengah makular, suatu kawasan yang paling penting untuk penglihatan pusat dan juga kawasan yang paling memerlukan perlindungan. Wujud dengan konsentrasi yang agak tinggi dalam kanta dan retina, dua karotenoid ini memenuhi dua fungsi yang amat penting:
- Melindungi mata daripada cahaya UV yang merosakkan. Bertindak sebagai penapis untuk menghadang cahaya biru yang berbahaya dan juga sebagai antioksidan, kedua-dua Lutein dan Zeaxanthin membantu mengurangkan risiko AMD dan katarak, yang menjadi penyebab utama kebutaan global.
- Bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi kanta, retina dan makular daripada dirosakkan oleh radikal bebas akibat pendedahan kepada sinaran cahaya matahari, skrin komputer dan bentuk cahaya berbahaya lain. Kedua-dua Lutein dan Zeaxanthin menyerap cahaya yang bertenaga tinggi dan bahagian spektrum cahaya yang paling merosakkan (cahaya biru UV). Penyerapan spektrum cahaya bertenaga tinggi adalah penting untuk perlindungan kanta mata, retina dan makula mata. Cahaya biru bertenaga tinggi juga menjana "radikal bebas" yang merosakkan tisu-tisu mata.
Seperti juga beberapa nutrien penting lain, Lutein dan Zeaxanthin tidak dihasilkan oleh badan. Satu-satunya cara untuk mendapatkannya adalah melalui makanan yang kaya dengan antioksidan ini ataupun dengan mengambil suplemen Lutein dan Zeaxanthin. Dalam badan kita, kedua-duanya boleh dijumpai terutama sekali pada kulit, mata, serviks, otak, hati, paru-paru, kelenjar prostat, serum darah, dan payu dara. Tetapi malangnya apabila kita semakin tua, konsentrasi Lutein dan Zeaxanthin dalam mata kita akan merosot. Meningkatkan pengambilan Lutein dan Zeaxanthin membantu meningkatkan kepadatannya dalam makular.
Lutein dan Zeaxanthin memberi perlindungan terhadap dua penyebab kehilangan penglihatan yang paling biasa dialami: iaitu katarak dan AMD. Di samping peranannya sebagai pencegah katarak, Lutein dan Zeaxanthin mungkin dapat memperbaiki penglihatan mereka yang sudah pun menghidapi katarak. Apabila pesakit yang menghidapi katarak berkaitan umur mengambil suplemen Lutein dan Zeaxanthin, didapati ketajaman penglihatan mereka bertambah baik.
MENGAPA PILIH VISIONEX™
- Suatu formula unik dan komprehensif yang mempunyai ramuan untuk mengekalkan visi, termasuk lutein dan zeaxanthin dan kompenan antioksidan yang penting yang didapatin dalam mata.
- Mengandungi Vitamin C, ekstrak bilibery dan zink untuk sokongan tambahan dan ini dapat mengekalkan kesihatan mata.
Dua (2) tablet setiap hari. Jauhi daripada kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment