Saturday, February 6, 2010

COMPARATIVE GUIDE TO NUTRITIONAL SUPPLEMENTS

Lyle MacWilliam, seorang penyelidik, pengarang dan ahli biokimia Kanada, dalam bukunya Comparative Guide to Nutritional Supplements telah menkategorikan 2 buah buku penokok zat di Amerika Syarikat dan Kanada berdasarkan 14 kriteria. Laporan ini boleh dikatakan satu daripada kajian yang komprehensif dan berwibawa.


MacWilliam, seorang bekas Ahli Parlimen yang memegang jawatan penasihat pakar atas perintah Kementerian Persekutuan Kanada, berkata, “Majoriti pengguna tidak dilengkapi dengan pengetahuan zat makanan. Saya berharap agar penerbitan buku ini dapat membantu mereka memahami kebenarannya.”




Berita Harian

Jumaat, 18/05/2007

Makanan tambahan mampu lengkapi keperluan badan

Kajian dapati kekurangan khasiat pemakanan punca penyakit kronik selain cepatkan proses penuaan

PENGAMBILAN makanan tambahan amat penting dan menjadi keperluan hidup masyarakat kini kerana pemakanan harian yang diambil setiap hari tidak seimbang serta secara umum tidak mampu memberikan semua khasiat diperlukan.

Oleh itu, pengambilan makanan tambahan adalah sebagai alternatif bagi memastikan keadaan kesihatan sentiasa sihat. Hakikatnya, setiap orang memerlukan makanan tambahan berkualiti tinggi dan boleh membantu mengisi semula vitamin, mineral serta antioksidan penting yang sepatutnya berada dalam makanan dimakan.

Pendidik dan Ahli Biokimia dari Kanada, Lyle MacWilliam, berkata makanan tambahan adalah seperti pelan insurans kesihatan peribadi yang akan melambat atau membantu penuaan secara perlahan.

Beliau berkata, kepentingan makanan tambahan berkhasiat tidak hanya berguna ketika seseorang itu jatuh sakit sebaliknya, paling utama diperlukan ialah untuk mengekalkan tahap kesihatan.

"Penuaan dan penyakit adalah kenyataan yang berlaku, tetapi kita boleh mengambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan terus sihat, termasuk pengambilan makanan tambahan. Malah, penuaan adalah pilihan yang anda buat setiap hari,” katanya ketika menyampaikan ceramah pada majlis pelancaran buku, ‘Comparative Guide to Nutritional Supplements’ di Kuala Lumpur, baru-baru ini. "

Majlis itu anjuran Usana Health Sciences, syarikat yang membangun dan mengeluarkan makanan tambahan berkhasiat di Amerika Utara.

Lye yang berada di Malaysia untuk melancarkan buku edisi keempat karyanya itu berkata, kajian 38 tahun menunjukkan keperluan makanan tambahan termasuk ketiadaan pengambilan vitamin didapati antara penyebab penyakit kronik.

Beliau berkata, kesimpulan kajian itu dibuat berdasarkan fakta bahawa lebih daripada 80 peratus rakyat Amerika gagal mengambil keperluan harian buah-buahan dan sayur-sayuran diperlukan yang biasanya membekalkan mikro nutrien penting.

"Kebanyakan beranggapan bahawa penyakit jantung adalah penyakit akibat penuaan usia. Bagaimanapun, peringkat amalan diet dan gaya hidup boleh menyebabkan perkembangan awal bermulanya penyakit jantung," katanya.

Lyle berkata, dalam dunia moden yang bergerak pantas, kebanyakan daripada kita tidak memberikan keutamaan kesihatan sehingga bahagian pinggang berterusan melebar manakala tahap kecergasan berterusan menurun.

Katanya, di Amerika Syarikat seperti kebanyakan negara Asia yang membangun, makanan seperti burger, kentang goreng, ayam goreng dan pengambilan gula tinggi dalam minuman ringan menjadi sebahagian daripada amalan diet harian utama.

"Dalam dunia moden, diet mudah makanan segera tidak menyediakan nilai khasiat berkesan untuk mencegah penggunaan tenaga kalori berlebihan dan ini adalah proses serangan penyakit kronik," kata Lyle.

Mengenai pengambilan makanan tambahan yang perlu diambil individu, beliau berkata, dengan lambakan jenama di pasaran hari ini adalah sukar untuk mengetahui jenama boleh dipercayai untuk kesihatan. Beliau berkata, semua khasiat makanan tambahan tidak sama. Beberapa faktor penting yang menentukan sesuatu produk siap dihasilkan berkualiti.

Dalam bukunya, Lyle membandingkan lebih 1,500 produk kesihatan di Amerika Utara dan mengasingkannya mengikut ciri komprehensif, kriteria tangga kedudukan dan produk saintifik.Beliau berkata, bagaimana proses produk dikilangkan turut sama penting seperti apa yang ada dalam kandungannya.

"Perkara pertama perlu kita tanya ketika memilih makanan tambahan ialah adakah ia memenuhi beberapa kriteria dikehendaki. Pertama, adakah produk berkenaan mengandungi spektrum penuh nutrien dan kedua, keupayaannya menyerap rumusan bio yang dibolehkan, manakala ketiga, tahap potensi optimum bagi keberkesanannya sebagai makanan tambahan."

"Keempat, mengenai keaslian farmaseutikal dan akhir sekali, tahap keselamatan iaitu tiada Vitamin A atau besi yang kandungan nutrien mengatasi di bawah paras dibenarkan dan tanpa pemerhatian kerana semua itu boleh memberi kesan sampingan," katanya. Selain itu, perlu diketahui bahawa ada 13 campuran organik dan 19 mineral diperlukan untuk kesihatan optimum. Bagaimanapun, badan kita tidak boleh menghasilkan kesemuanya. Kebanyakan nutrien dihasilkan oleh tubuh dan habis mengikut usia. Contohnya, konzyme Q10 dan asid alpha-lipoic serta sistem enzim antioksidan yang juga susut mengikut usia.

"Makanan kesihatan tambahan yang lengkap perlu ada ketiga-tiga perkara berikut - menyediakan semua vitamin dan mineral penting, bertindak sebagai pelindung terhadap kehilangan kaitan penuaan bagi nutrien penting serta melindungi daripada kerosakan berkaitan penuaan bagi sistem antioksidan enzim," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut isu keupayaan menyerap, Lyle berkata, kebanyakan makanan tambahan yang tidak bermutu, tidak hancur apabila ditelan. Banyak yang tidak larut dengan betul dalam proses penghadaman dan ada produk murah yang mengandungi garam mineral serta tidak boleh diserap dengan betul.Katanya, tahap nutrien dalam kebanyakan produk hanya memenuhi US RDAs. Bagaimanapun, RDAs (DRIs) adalah tidak elok bagi kesihatan optimum.

"RDAs dicipta ketika Perang Dunia Kedua untuk membangunkan garis panduan pengagihan makanan ketika waktu perang. Untuk itu ia tidak akan memenuhi pengambilan optimum. Sebaliknya, kita memerlukan tambahan pada peringkat jauh lebih tinggi daripada RDAs bagi kebanyakan nutrien," katanya. Lyle berkata, keaslian pula adalah isu keselamatan yang sebenar. Malah, bagaimana produk dihasilkan akan memperlihatkan semula jadi pada produk berkenaan. Kebanyakan produk Amerika Syarikat (AS) dikilangkan mengikut standard makanan GMPs. Standard yang tinggi bagi keaslian ialah berkaitan dengan GMPs farmaseutikal.

Beliau berkata, kajian 1993 di AS menunjukkan kandungan utama dalam makanan tambahan kalsium mendapati bahawa 25 peratus daripada produk berkenaan mengandungi kandungan melampau dalam tahap harian yang dibenarkan FDA. Satu lagi kes yang menjadi tumpuan ialah penggunaan botanikal dalam penghasilan makanan tambahan didapati tercemar oleh fungal aflotoxins.

"Makanan tambahan bermutu tinggi tidak seharusnya mengandungi besi dan tahap vitamin A yang berlebihan, mahupun pengambilannya melebihi tahap keselamatan bagi sebarang nutrien bersama sehingga berpotensi menjadi toksik," katanya.Kyle berkata, umumnya 18 kriteria penting digunakan dalam menganalisis produk makanan tambahan termasuk siap sepenuhnya, potensi, pembentukan mineral, sokongan antioksidan, kesihatan tulang; kesihatan hati, kesihatan metabolik, potensi toksik, kesihatan penglihatan dan kawalan radang.

INFO: Menarik mengenai buku Comparative Guide to Nutritional Supplements
  • Buku itu memperlihatkan kajian terperinci Lyle mengenai sains terhadap proses penuaan dan penyakit serta menunjukkan kepentingan nutrien optimal yang berperanan penting dalam mengekalkan kesihatan.
  • Sebagai kajian lengkap, Lyle membandingkan lebih 1,500 produk kesihatan daripada yang terkenal hingga tidak mendapat pasaran baik di Amerika Utara dan mengasingkannya mengikut ciri komprehensif, kriteria tangga kedudukan serta produk saintifik.
  • Buku edisi keempat itu ditulis semula dengan hasil kajian terkini, saranan pengambilan harian yang baru dan kajian semula serta tambahan kriteria analisis.
  • Buku itu mengandungi 18 kriteria penting yang boleh dijadikan panduan kepada individu untuk memilih produk makanan tambahan bermutu.
  • Buku itu mengandungi 300 graf lengkap yang memudahkan anda membuat perbandingan terhadap sesuatu produk






No comments:

Post a Comment