Friday, February 5, 2010

PANDUAN PEMAKANAN MALAYSIA

Panduan Pemakanan Malaysia


Pengenalan

• Kesihatan kita dipengaruhi berbagai faktor seperti faktor cara hidup, persekitaran dan keturunan.
• Tabiat pemakanan yang berasaskan kepada prinsip-prinsip kesederhanaan dan kepelbagaian makanan      akan membantu kita menjaga dan meningkatkan kesihatan.
• Piramid Makanan Malaysia yang digabungkan dalam Panduan Pemakanan Malaysia bertujuan menjadi bahan pengajaran dalam menterjemahkan prinsip-prinsip pemakanan yang baik sebagai satu amalan harian.
• Panduan Pemakanan Malaysia secara umumnya sesuai digunakan oleh rakyat Malaysia yang berumur 2 tahun ke atas.
• Bagi bayi, kanak-kanak, wanita hamil atau menyusukan anak, warga emas dan individu yang mempunyai keperluan khas perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada anggota profesional seperti Pegawai Perubatan, Pegawai Dietetik dan Pegawai Zat Makanan.

Panduan Pemakanan Malaysia

• Makan Pelbagai Jenis Makanan .
• Kekalkan Berat Badan Unggul Dengan mengimbangkan Pengambilan Makanan Dan Aktiviti Fizikal.
• Pilih Makanan Yang Mengandungi Bijirin, Hasil Bijirin Dan Kekacang.
• Pilih Makanan Rendah Lemak Dan Kolesterol .
• Gunakan Sedikit Garam Dan Pilih Makanan Rendah Garam .
• Minum Banyak Air.
• Mengamalkan Dan Menggalakkan Penyusuan Ibu.Piramid Makanan Malaysia.


Apakah dia Piramid Makanan?


Satu Carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari .

Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?

Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:

• Paras 1
          o Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian
• Paras 2
          o Buah-buahan dan sayur-sayuran
• Paras 3
          o Ikan, ayam & itik, daging dan kekacang
          o Susu dan produk tenusu
• Paras 4
          o Lemak, minyak, gula dan garam



Berapakah sajian yang perlu kita ambil dalam sehari?


• Paras 1
          o Bijirin-bijirin & bijirin berpangkalan produk-produk dan ubi-ubi
             (8-12 sajian)
• Paras 2
          o Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian)
• Paras 3
          o Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian)
• Paras 4
          o Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian)
















No comments:

Post a Comment