Aktiviti fizikal memberi banyak faedah dari segi kesihatan tubuh badan, sosial, dan emosi serta boleh mengurangkan insiden penyakit-penyakit kronik. Penyertaan dalam aktiviti fizikal yang kerap dapat menyumbang ke arah pencapaian kecergasan yang lebih baik dan kesejahteraan keseluruhannya.
Aktiviti fizikal
Aktiviti fizikal merujuk kepada pelbagai bentuk pergerakkan. Ia di definisikan sebagai pergerakkan badan yang dihasilkan dari pengecutan otot dan meningkatkan penggunaan tenaga, seperti berjalan, berbasikal, bermain, angkat berat, membuat kerja rumah dan lain-lain.
Kecergasan fizikal merupakan satu pencapaian seseorang, berkaitan dengan kemampuannya untuk melakukan aktiviti fizikal.
Ia boleh dikategorikan sebagai:
- Kesihatan- berkaitan kecergasan.
- Kemahiran - berkaitan kecergasan.
Komponan Kesihatan - berkaitan kecergasan meliputi:
- Kemampuan otot jantung berfungsi secara berkesan untuk membolehkan kita bekerja dalam jangka masa panjang tanpa merasa terlalu letih.
- Kemampuan sekumpulan otot untuk menjalankan pengecutan berulang dalam satu jangka masa yang cukup untuk menyebabkan otot merasa letih.
- Kekuatan maksima yang boleh diwujudkan oleh satu atau sekumpulan otot tertentu.
- Kemampuan sendi-sendi untuk bergerak pada kadar sepenuhnya.
- Merujuk kepada peratusan berat badan, berkaitan lemak dan tisu tanpa lemak.
Kekuatan
- Kemampuan kita mengecutkan otot dengan kelajuan dan kekuatan dalam satu tindakan.
- kemampuan kita untuk menukar arah badan dengan pantas
- Kemampuan kita untuk melakukan pergerakan yang kompleks dengan mudah.
- Kemampuan kita untuk menggerakan bahagian atau badan secepat yang boleh.
- kemampuan kita mengekalkan keseimbangan bila statik atau bergerak.
- Kemampuan kita untuk bertindak balas terhadap rangsangan dengan cepat.
Faedah-faedah kekerapan melakukan aktiviti fizikal
- Mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, osteoporosis, diabetes, dan obesiti.
- Menjaga sendi-sendi, tendon dan ligamen anjal, supaya memudahkan pergerakan.
- Mengurangkan beberapa kesan penuaan.
- Membantu mengurangkan ketegangan dan kegelisahan.
- Meningkatkan tenaga dan ketahanan.
- Membantu anda tidur dengan baik
- Mengurangkan berat badan
- Membantu kita mengawal berat badan dan mencegah obesiti
No comments:
Post a Comment