Saturday, February 6, 2010

ACTIVE CALCIUM PLUS™

ACTIVE CALCIUM PLUS™

Kalsium adalah sejenis mineral yang penting untuk kita. Ia membentuk mineral yang terbanyak berbanding mineral-mineral lain. Ia sangat penting kepada kanak-kanak dan remaja dalam pembentukan tulang dan gigi yang baik. 99% kalcium di dalam badan adalah dalam bentuk tulang dan gigi. Bagi mereka yang sudah menopause (putus haid) pula, kalsium juga sangat penting untuk mengekalkan struktur tulang mereka.

Untuk penyerapan kalsium ke dalam tulang yang maksimum, kalsium hendaklah diambil :
  • bersama-sama vitamin D
  • bersama-sama magnesium. Sekiranya pengambilan kaslium banyak tetapi pengambilan magnesium tidak dipertingkatkan selari dengan pengambilan kalsium, kalsium akan mula berkumpul di bahagian-bahagian otot, jantung dan buahpinggang, membentuk batu karang.
VITAMIN D

Vitamin D, salah satu vitamin larut lemak yang mempunyai sifat sifat sebagai vitamin dan hormon, yang diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan phosphorus. Ia juga perlu untuk tumbesaran, ia penting terutamanya untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah daripada otot menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia, meningkatkan imuniti, ia juga perlu untuk fungsi tairoid pembekuan darah yang normal.

Terdapat beberapa bentuk vitamin D , termasuk vitamin D2 (ergocaliciferol), yang datang dari sumber makanan; vitamin D3 (cholecalciferol), yang disintesis dalam kulit kesan tindakbalas kepada dedahan cahaya ultraunggu matahari ; dan dalam bentuk tiruan dikenali sebagai vitamin D5. Daripada tiga bentuk vitamin D tersebut, vitamin D3 dianggap sebagai vitamin D dalam bentuk semulajadi dan lebih aktif.

KALSIUM

Badan manusia mengandungi hampir tiga paun kalsium dan hampir 99% daripadanya terdapat dalam tulang. Sepanjang riwayat kita, tulang kita sentiasa dalam keadaan reformasi. Ini adalah kerana kalsium tidak berhenti-henti dipindah keluar dan kemudian disimpan balik dalam tulang kita. Oleh yang demikian, tahap kalsium yang diperlukan setiaap hari harus dijaga demi untuk memastikan ketumpatan mineral tulang dapat dipelihara.

MAGNESIUM

Magnesium adalah sejenis mineral asas yang membentuk lebih kurang 0.05% daripada berat badan. Sama seperti kalsium, ia juga sejenis komponen yang penting untuk membina tulang yang kuat dan sihat. Magnesium adalah diperlukan untuk metabolisme karbohidrat dan asid amino.

SILIKON

Silikon memberikan kestabilan kepada semua tisu penyambung badan dan ia adalah penting untuk penggunaan kalsium yang betul. Silikon merupakan kunci pemineralan kalsium matriks tulang.

Kegunaanya:-

  • Menggalakkan kesihatan pengecutan otot
  • Mengelakkan pembukuan darah
  • Mengawal penghadaman, metabolisme tenaga
  • Mengawal tekanan darah tinggi
  • Membantu kesihatan optima tulang
  • Mengurangkan risiko osteoporosis
  • Meningkatkan mineralization kalsium dalam matrix tulang
MENGAPA PILIH ACTIVE CALCIUM PLUS?

ACTIVE CALCIUM PLUS™ bukanlah semata-mata penokok kalsium sahaja; ia merupakan faktor yang utama untuk pemeliharaan tulang yang kuat. Di samping kofaktor yang penting bagi kesihatan tulang seperti magnesium,vitamin D dan silikon; ACTIVE CALCIUM PLUS™ dapat membekalkan dos kalsium yang optimum dalam bentuk “bio-wujud” (bioavailability).

CADANGAN

Memakan empat (4) tablet setiap hari pada masa yang berlainan, atau mengikut jadual diri. Cadangan dos maksimum adalah empat tablet setiap hari. Jauhi daripada kanak-kanak.



 

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment