Friday, February 5, 2010

KONSEP KESIHATAN

Perkara pertama yang timbul apabila kita cedera atau sakit adalah mencari ubat untuk melegekan masalah atau penyakit tersebut.


Berat badan yang berlebihan boleh menjadi punca sakit lutu, tekanan darah tinggi, lesu, diabetes dan asid berlebihan. Merokok punca meningkatnya risiko tekanan darah tinggi, penyakit jantung, kolestrol dan diabetes. Kurang bersenam boleh membawa kepada osteoporosis, obesiti, fungsi imun berkurangan dan stress. Bila seseorang berjumpa doktor, biasanye mereka akan diberi ubat dan kurang diberikan perhatian kepada punca sebenar disebalik gaya hidup yang sihat.

Dr.Ray Strand, M.D (seorang doktor keluarga di Rapid City, South Dakota) telah menghabiskan 7 tahun mengkaji perubatan berkenaan apa yang pesakit boleh lakukan untuk menjaga kesihatan mereka. Beliau telah mempraktikkan semua prinsipal tersebut dalam amalan klinikal beliau yang kini difokuskan kepada 'nutritional medicine' atau pemakanan merawat.

Beliau telah merumuskan 3 aspek penting untuk gaya hidup sihat :

1- Diet (makanan) yang sihat
2- Program senaman yang sederhana
3- Pemakanan tambahan yang berkualiti, lengkap dan seimbang

No comments:

Post a Comment